Sunday 21 July 2013

Cakap - cakap orang tua...

Kowang2 sume mesti pernah dengar kan pasal pantang larang orang tua2..! memang banyak rasanya klu na di ikutkan yang kadang2 tu ta tercapai dek akal ..haha bukan laa niat na menyangkal pantang larang ni sume.. cume kadang2 ape yang dipantangkan nye tu menjurus kepada syirik... tersangat2 lah bahaya dan mampu merosakkan akidah kite sebagai seorang muslim..

sebenarnye.. ak diberi tugasan untuk membuat kajian yang ta berape na kaji la kan.. mengenai "cakap2 orang tua ni".. haha.. saje na berkongsi sikit sebagai panduan n ape2 aje laa.. haha...

Mukadimahnya berbunyi.....

"Pantang larang biasanya terangkum dalam acuan adat dan budaya, bukannya terus dari agama. Oleh kerana orang Melayu itu sudah lama memeluk Islam, maka sedikit sebanyak adat dan budaya itu didirikan atas prinsip asas kerangka agama Islam. Namun, ia tidak dapat lari dari pengaruh agama lain dan unsur-unsur khurafat dan karut serta yang bersifat mistik. Dalam hal macam ni, kita amik satu je prinsip asas Islam. Jauhi perkara yang memudaratkan, dan lakukan perkara yang bermanfaat. Anjuran-anjuran agama Islam dalam kehidupan seharian banyaknya berasaskan perkara ini."


Kalau na diikutkan... banyak pantang larang sebenarnya yang boleh di fahami tujuan dan bagaimana wujudnya pantang larang tersebut. kadang2 boleh difikir secara logik n ada jugak pantang larang ini berunsur karut n boleh membawa kepada khurafat dan tahyul..! awas ya..!


contoh nya..

  • Jangan makan leher ayam, nanti bersanding kepala teleng.
  • Jangan duduk kat tangga, nanti ta ada orang na kahwin dengan kite.
  • Bila makan, jangan letak pinggan atas riba, nanti terambil suami orang.
  • Jangan makan berubah tempat, nanti kahwin banyak.
  • Jangan tatang pinggan ketika makan, nanti merampas suami orang.
  • Jangan bagi hadiah kat kekasih benda yang berjahit, nanti hubungan ta kekal.
Banyak sangat kalau na di senaraikan...
na dipendekkan cerita... macam ni laa... kite jangan laa terlalu taksub atau memandang pantang larang ini ini sebagai sesuatu yang wajib diikuti, dan tidak boleh sama sekali untuk kite mengingkari. Jika sesuatu perbuatan itu mendatangkan manfaat, dan bertepatan dengan Islam, maka ikutlah ia. Jika sesuatu perbuatan itu mendatangkan kemudaratan, maka tinggalkanlah ia. Simple!




No comments:

Post a Comment